Friday, 5 December 2014

Taman kecil.

Bismillah...


Pada 23 November lepas, Alhamdulillah Allah swt berikan saya kesihatan dan kesempatan untuk membuat taman kecil di depan sebuah rumah di Bandar Baru Tangkak. Berkonsepkan laman edible, saya mengunakan papan yang terbuang untuk membuat kotak bagi menanam pokok yang boleh dimakan dan dimasak seperti cili, serai, daun pandan dan tomato. Manakala bagi rumput, saya menggunakan rumput karpet yang dibeli  di sebuat nursery di Tangkak dengan harga RM8.00 sekeping berukuran 2x2kaki. Dibawah ini, saya sertakan senarai harga sepanjang membina sebuah taman kecil yang comel. Harga tidak termasuk upah kerja.  Gambar taman yang siap dengan pokok yang telah ditanam akan menyusul. InsyaAllah


Bil
Perkara
Harga (RM)
1
Tanah
109.00
2
Racun anai-anai
22.00
3
Batu Putih
20.00
4
Tanaman
95.00
5
Rumput karpet
48.00
JUMLAH
 294.00

Wednesday, 3 December 2014

Perihal Penulis

Bismillah..

Blog ini adalah catatan daripada penulis yang amat meminati aktiviti berkebun, membuat kajian terhadap tanaman hiasan dan juga landskap laman dan taman.

Beliau merupakan pelajar lulusan Diploma Kejuruteraan Elektrik Elektronik sebelum menyambung pengajian Bacelor Sains Perhutanan major Hutan Bandar di Universiti Putra Malaysia. Sekarang beliau sedang melanjutkan pelajaran peringkat Master Sains Botani di Universiti Kebangsaan Malaysia.

Semoga dengan adanya blog ini, ilmu mengenai tumbuhan, perkebunan dan landskap dapat dikongsi dan memberi manfaat kepada pembaca.

Sebarang pertanyaan boleh berhubung dengan beliau melalui email:asmawidad2@gmail.com atau facebook : Asma'widad Muhammad

Alhamdulillah


Alhamdulillah

Bismillah....

Syukur Allhamdulillah kerana Allah bagi peluang kepada saya untuk menulis blog, selawat dan salam kepada junjungan besar kita Nabi Muhammad s.a.w.

Terima kasih kepada saudara/saudari/tuan/puan yang melawati blog saya.

Dari semasa ke semasa, insyaAllah saya akan membicarakan tentang tanaman hiasan, hortilkurltur, penjagaan taman dan laman.